Penanda wacana dikenali sebagai perangkai ayat juga. Penanda wacana ini digunakan atau berfungsi untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain untuk mendapat idea keseluruhannya.
Yang berikut ialah senarai penanda wacana yang terdapat dalam bahasa Melayu baku:
akhirnya kemudian namun begitu
begitu lagipun oleh itu
bagaimanapun lepas itu oleh sebab itu
dengan itu lebih-lebih lagi sebelum itu
di samping itu mungkin tambahan pula
jadi meskipun walau bagaimanapunContoh penggunaan dalam ayat:
1. Setelah berusaha bersungguh-sungguh akhirnya Nor Sakinah berjaya menyiapkan segala projek sekolah yang diberi oleh gurunya itu.
2. Saiful telah ponteng kerja selama hampir tiga minggu tanpa sebarang sebab. Oleh itu, majikannya telah mengambil keputusan untuk memberhentikannya.
3. Hamsah ke Subang pada sebelah pagi. Kemudian, dia akan ke Kelang pada sebelah petangnya.
4. Haji Hamdan mati dibaham harimau akar. Oleh sebab itu, mayatnya itu tidak perlu dimandikan kerana semua bahagian badannya telah berkecai.
5. Nazri gagal memenuhi amanat arwah ayah. Mungkin, dia ada sebab tertentu yang orang lain tidak tahu.
6. Shahwan suka tidur pada waktu petang, lebih-lebih lagi kalau cuaca sejuk atau dingin.
7. Balqis masih mahu meneruskan perniagaannya meskipun terdapat banyak persaingan.
8. Hanim suka pulang lewat ke rumah. Oleh sebab itu, ibunya tidak membenarkannya keluar bersama-sama dengan kawan-kawannya.