Bmskcd.blogspot.com Slideshow: Sk’s trip from Sarawak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Isnin, 4 Julai 2011

PENANDA WACANA

Penanda wacana dikenali sebagai perangkai ayat juga. Penanda wacana ini digunakan atau berfungsi untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain untuk mendapat idea keseluruhannya.
Yang berikut ialah senarai penanda wacana yang terdapat dalam bahasa Melayu baku:

akhirnya                                kemudian                                             namun begitu
begitu                                   lagipun                                                 oleh itu
bagaimanapun                      lepas itu                                                oleh sebab itu
dengan itu                            lebih-lebih lagi                                      sebelum itu
di samping itu                       mungkin                                               tambahan pula
jadi                                      meskipun                                             walau bagaimanapun

Contoh penggunaan dalam ayat:
1.  Setelah berusaha bersungguh-sungguh akhirnya Nor Sakinah berjaya menyiapkan segala projek sekolah yang diberi oleh gurunya itu.
2.   Saiful telah ponteng kerja selama hampir tiga minggu tanpa sebarang sebab. Oleh itu, majikannya telah mengambil keputusan untuk memberhentikannya.
3.   Hamsah ke Subang pada sebelah pagi. Kemudian, dia akan ke Kelang pada sebelah petangnya.
4.   Haji Hamdan mati dibaham harimau akar. Oleh sebab itu, mayatnya itu tidak perlu dimandikan kerana semua bahagian badannya telah berkecai.
5.   Nazri gagal memenuhi amanat arwah ayah. Mungkin, dia ada sebab tertentu yang orang lain tidak tahu.
6.   Shahwan suka tidur pada waktu petang, lebih-lebih lagi kalau cuaca sejuk atau dingin.
7.   Balqis masih mahu meneruskan perniagaannya meskipun terdapat banyak persaingan.
8.  Hanim suka pulang lewat ke rumah. Oleh sebab itu, ibunya tidak membenarkannya keluar bersama-sama dengan kawan-kawannya.

Khamis, 30 Jun 2011

KATA GANDA SELURUH

Kata ganda seluruh terhasil atau terbentuk daripada kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda ini diberi tanda sempang ( - )

Kata ganda seluruh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:-

Kata Dasar
Kelas Kata
Kata Ganda Seluruh

jam
jalan
kata nama
kata nama
jam-jam
jalan-jalan
pemberita
soalan
Kata nama terbitan
kata nama terbitan
pemberita-pemberita
soalan-soalan
mana
apa
kata tanya
kata tanya
mana-mana
apa-apa
comel
kasar
kata adjektif
kata adjektif
comel-comel
kasar-kasar
duduk
baring
kata kerja
kata kerja
duduk-duduk
baring-baring
awal
jarang
kata keterangan
kata keterangan
awal-awal
jarang-jarang



Contoh penggunaan kata ganda seluruh dalam ayat:
1.   Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air.
2.   Pahlawan itu handal-handal belaka.
3.   Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka.
4.   Undang-undang perlu kita patuhi.
5.   Layang-layang itu terbang tinggi di angkasa.

Senarai kata ganda seluruh mengikut kelas kata.

A.   Kata Ganda Seluruh (Kata Nama)
       Contoh:
gado-gado                   kunang-kunang
berang-berang             kupu-kupu
beri-beri                       ubur-ubur
angan-angan                ura-ura
kelip-kelip                   rama-rama


B.   Kata Ganda Seluruh (Kata Adjektif)
       Contoh:
hitam-hitam                 muda-muda
kaya-kaya                    indah-indah
jinak-jinak                   gagah-gagah
ragu-ragu                     hebat-hebat
susah-susah                 lama-lama

\
C.   Kata Ganda Seluruh (Kata Kerja)
       Contoh:
main-main                   pulang-pulang
marah-matah               duduk-duduk
muntah-muntah           baring-baring

D.   Kata Ganda Seluruh (Kata Keterangan)
       Contoh:
kadang-kadang           terang-terang
kalau-kalau                  masak-masak
kira-kira                       laju-laju
moga-moga                 ketat-ketat
sayup-sayup                kuat-kuat


·         Kata ganda seluruh ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.

Perhatikan penerangan yang berikut:-

A.   Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan tunggal)

Contoh:
agar-agar                     onde-onde
ampai-ampai                ilam-ilam
amung-amung             biri-biri
angkut-angkut             dalu-dalu
baling-baling               jemput-jemput

B.   Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan banyak)
       Contoh:
sahabat-sahabat           rajah-rajah
pintar-pintar                jari-jari
lesen-lesen                   kedai-kedai
musuh-musuh              tua-tua
nama-nama                  gelas-gelas

Yang berikut ialah senarai beberapa kata ganda seluruh.

abang-abang
ajak-ajak
akhir-akhir
akan-akan
anak-anak
angan-angan
apa-apa
awal-awal
bagus-bagus
baik-baik
bakul-bakul
banyak-banyak
barang-barang
besar-besar
buah-buah
bulat-bulat
cantik-cantik
cara-cara
carik-carik
cepat-cepat
cita-cita
curi-curi
condong-condong
cuba-cuba
dalam-dalam
daun-daun
dekat-dekat
dengar-dengar
dewa-dewa
diam-diam
duduk-duduk
egen-egen
ejek-ejek
elok-elok
enak-enak
entah-entah
ensot-ensot
epok-epok
erat-erat
faham-faham
faedah-faedah
fakta-fakta
fasih-fasih
fatwa-fatwa
fiil-fiil
filem-filem
firman-firman
gadis-gadis
gado-gado
garang-garang
ganas-ganas
gemuk-gemuk
gila-gila
gula-gula
guru-guru
halus-halus
handal-handal
hangat-hangat
harta-harta
harum-harum
hati-hati
hidup-hidup
hitam-hitam
ibu-ibu
iklan-iklan
iras-iras
ingat-ingat
indah-indah
isi-isi
isteri-isteri
jahat-jahat
jalan-jalan
jamu-jamu
jarang-jarang
jari-jari
jaring-jaring
jauh-jauh
jelik-jelik
kaki-kaki
ketuk-ketuk
kawan-kawan
kuat-kuat
kuda-kuda
kuning-kuning
kura-kura
kurus-kurus
lagi-lagi
lagu-lagu
lain-lain
laju-laju
lancar-lancar
liat-liat
layu-layu
lebam-lebam
main-main
makan-makan
marah-marah
masam-masam
mati-mati
mula-mula
muntah-muntah
musuh-musuh
nama-nama
naga-naga
nakal-nakal
negeri-negeri
nilai-nilai
nipis-nipis
nyaris-nyaris
nyiru-nyiru
obor-obor
ole-ole
olok-olok
onak-onak
onde-onde
oneng-oneng
orang-orang
otot-otot
pahit-pahit
paku-paku
paru-paru
pihak-pihak
pijat-pijat
pintu-pintu
puak-puak
puas-puas
ragu-ragu
rajin-rajin
raja-raja
rajah-rajah
rakan-rakan
rapat-rapat
rata-rata
rumah-rumah
saat-saat
sahabat-sahabat
samar-samar
sesak-sesak
sudu-sudu
suka-suka
sukar-sukar
susah-susah
tajam-tajam
tamu-tamu
teknik-teknik
teman-teman
terang-terang
tiket-tiket
tin-tin
tinggi-tinggi
ubi-ubi
udang-udang
ulama-ulama
ulat-ulat
undang-undang
ura-ura
uri-uri
unsur-unsur
wabak-wabak
wajah-wajah
wakil-wakil
waktu-waktu
wali-wali
wang-wang
wangi-wangi
warung-warung


























































·         Dari segi ejaan atau penulisan, kata ganda seluruh mestilah dibubuh tanda sempang      ( - ).
Contoh:
            Anak-anak                   pelajar-pelajar              cawan-cawan

·         Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk menyatakan maksud jamak (bilangan banyak).
Contoh:
            1.a)   Ibu-ibu bapa (X)
               b)   Ibu bapa (√)

            2.a)   Pinggan-pinggan mangkuk. (X)
               b)   Pinggan mangkuk (√)
·         Kata ganda yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, maka kata ganda itu tidak boleh disertai kata bilangan.
Contoh:
            1.a)   Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X)
               b)   Gelas-gelas itu telah retak. (√)
               c)   Tiga biji gelas itu telah retak. (√)

·         Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa makna jamak, maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh digandakan lagi.
Contoh:
            1.a)   Gelas-gelas minuman itu cantik-cantik belaka. (X)
               b)   Gelas minuman itu cantik-cantik belaka (√)

·         Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda seluruh yang menyatakan makna tunggal.
Contoh:
            1.   Tiga ekor rama-rama.
            2.   Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan.