Kata ganda seluruh terhasil atau terbentuk daripada kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda ini diberi tanda sempang ( - )
Kata ganda seluruh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:-
Kata Dasar | Kelas Kata | Kata Ganda Seluruh |
jam jalan | kata nama kata nama | jam-jam jalan-jalan |
pemberita soalan | Kata nama terbitan kata nama terbitan | pemberita-pemberita soalan-soalan |
mana apa | kata tanya kata tanya | mana-mana apa-apa |
comel kasar | kata adjektif kata adjektif | comel-comel kasar-kasar |
duduk baring | kata kerja kata kerja | duduk-duduk baring-baring |
awal jarang | kata keterangan kata keterangan | awal-awal jarang-jarang |
Contoh penggunaan kata ganda seluruh dalam ayat:
1. Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air.
2. Pahlawan itu handal-handal belaka.
3. Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka.
4. Undang-undang perlu kita patuhi.
5. Layang-layang itu terbang tinggi di angkasa.
Senarai kata ganda seluruh mengikut kelas kata.
A. Kata Ganda Seluruh (Kata Nama)
Contoh:
gado-gado kunang-kunang
berang-berang kupu-kupu
beri-beri ubur-ubur
angan-angan ura-ura
kelip-kelip rama-rama
Contoh:
hitam-hitam muda-muda
kaya-kaya indah-indah
jinak-jinak gagah-gagah
ragu-ragu hebat-hebat
susah-susah lama-lama
\
C. Kata Ganda Seluruh (Kata Kerja)
Contoh:
main-main pulang-pulang
marah-matah duduk-duduk
muntah-muntah baring-baring
D. Kata Ganda Seluruh (Kata Keterangan)
Contoh:
kadang-kadang terang-terang
kalau-kalau masak-masak
kira-kira laju-laju
moga-moga ketat-ketat
sayup-sayup kuat-kuat
· Kata ganda seluruh ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.
Perhatikan penerangan yang berikut:-
Contoh:
agar-agar onde-onde
ampai-ampai ilam-ilam
amung-amung biri-biri
angkut-angkut dalu-dalu
baling-baling jemput-jemput
B. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan banyak)
Contoh:
sahabat-sahabat rajah-rajah
pintar-pintar jari-jari
lesen-lesen kedai-kedai
musuh-musuh tua-tua
nama-nama gelas-gelas
abang-abang ajak-ajak akhir-akhir akan-akan anak-anak angan-angan apa-apa awal-awal bagus-bagus baik-baik bakul-bakul banyak-banyak barang-barang besar-besar buah-buah bulat-bulat cantik-cantik cara-cara carik-carik cepat-cepat cita-cita curi-curi condong-condong cuba-cuba dalam-dalam daun-daun dekat-dekat dengar-dengar dewa-dewa diam-diam duduk-duduk egen-egen ejek-ejek elok-elok enak-enak entah-entah ensot-ensot epok-epok erat-erat faham-faham faedah-faedah fakta-fakta fasih-fasih fatwa-fatwa fiil-fiil filem-filem firman-firman gadis-gadis gado-gado garang-garang ganas-ganas gemuk-gemuk gila-gila gula-gula guru-guru halus-halus | handal-handal hangat-hangat harta-harta harum-harum hati-hati hidup-hidup hitam-hitam ibu-ibu iklan-iklan iras-iras ingat-ingat indah-indah isi-isi isteri-isteri jahat-jahat jalan-jalan jamu-jamu jarang-jarang jari-jari jaring-jaring jauh-jauh jelik-jelik kaki-kaki ketuk-ketuk kawan-kawan kuat-kuat kuda-kuda kuning-kuning kura-kura kurus-kurus lagi-lagi lagu-lagu lain-lain laju-laju lancar-lancar liat-liat layu-layu lebam-lebam main-main makan-makan marah-marah masam-masam mati-mati mula-mula muntah-muntah musuh-musuh nama-nama naga-naga nakal-nakal negeri-negeri nilai-nilai nipis-nipis nyaris-nyaris nyiru-nyiru obor-obor ole-ole | olok-olok onak-onak onde-onde oneng-oneng orang-orang otot-otot pahit-pahit paku-paku paru-paru pihak-pihak pijat-pijat pintu-pintu puak-puak puas-puas ragu-ragu rajin-rajin raja-raja rajah-rajah rakan-rakan rapat-rapat rata-rata rumah-rumah saat-saat sahabat-sahabat samar-samar sesak-sesak sudu-sudu suka-suka sukar-sukar susah-susah tajam-tajam tamu-tamu teknik-teknik teman-teman terang-terang tiket-tiket tin-tin tinggi-tinggi ubi-ubi udang-udang ulama-ulama ulat-ulat undang-undang ura-ura uri-uri unsur-unsur wabak-wabak wajah-wajah wakil-wakil waktu-waktu wali-wali wang-wang wangi-wangi warung-warung |
· Dari segi ejaan atau penulisan, kata ganda seluruh mestilah dibubuh tanda sempang ( - ).
Contoh:
Anak-anak pelajar-pelajar cawan-cawan
· Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk menyatakan maksud jamak (bilangan banyak).
Contoh:
1.a) Ibu-ibu bapa (X)
b) Ibu bapa (√)
2.a) Pinggan-pinggan mangkuk. (X)
b) Pinggan mangkuk (√)
· Kata ganda yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, maka kata ganda itu tidak boleh disertai kata bilangan.
Contoh:
1.a) Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X)
b) Gelas-gelas itu telah retak. (√)
c) Tiga biji gelas itu telah retak. (√)
· Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa makna jamak, maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh digandakan lagi.
Contoh:
1.a) Gelas-gelas minuman itu cantik-cantik belaka. (X)
b) Gelas minuman itu cantik-cantik belaka (√)
· Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda seluruh yang menyatakan makna tunggal.
Contoh:
1. Tiga ekor rama-rama.
2. Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan