Bmskcd.blogspot.com Slideshow: Sk’s trip from Sarawak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Rabu, 29 Jun 2011

Faedah-faedah Mengadakan Bulan Kemerdekaan (Pidato)

            Yang dihormati Tuan Pegerusi Majlis, Guru Besar Sk Camporan Daro, penolong kanan 1, penolong kanan HEM, penolong kanan kokurikulum, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.  Pada hari yang berkat ini, izinkan saya menyampaikan tajuk pidato yang bertajuk “Faedah-faedah Mengadakan Bulan Kemerdekaan”.

            Bulan kemerdekaan kerap diadakan di sekolah-sekolah pada bulan Ogos sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun.  Majlis bermakna ini kini diadakan di peringkat kebangsaan dengan adanya kempen mengibarkan Jalur Gemilang.  Aktiviti berfaedah ini wajar diteruskan kerana banyak faedahnya.

Rakan-rakan sekalian,
            Bulan kemerdekaan penting dalam usaha kerajaan menanamkan perasaan kecintaan atau patriotisme kepada Negara.  Apabila wujud perasaan sayangkan tanah air sendiri, kita pasti akan berusaha mengekalkan keamanan yang telah dimiliki.  Kesannya, jika ada negara-negara luar yang ingin campur tangan dalam pentadbiran negara akan segera ditentang.

Anak-anak muda sekarang terasa sudah selesa dengan apa yang dimiliki.  Ini kerana mereka tidak pernah berasa susah seperti zaman nenek moyang mereka dahulu.  Kita juga ingin rakyat Malaysia mengisi kemerdekaan yang ada.  Cara mengisi kemerdekaan ialah berusaha menimba ilmu, memperkasakan ekonomi negara dan tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki.  Masalah rakyat yang suka mencuri tulang ketika bekerja dengan anggapan segala-galanya sudah dalam tangan diharap dapat diatasi.

Hadirin yang dimuliakan,
            Aktiviti menyambut Bulan Kemerdekaan yang diharapkan mendekatkan seluruh rakyat Malaysia akan tokoh-tokoh yang berusaha memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada belenggu penjajah.  Penentangan terhadap penjajah bermula Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, kemudian Inggeris semula.  Apabila mengenali tokoh tersebut, diharap menghayati perjuangan yang telah mereka lakukan.

            Sesungguhnya Bulan Kemerdekaan merupakan satu aktiviti yang berfaedah.  Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: