Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami perubahan bunyi dengan memberikan kata gandaan yang berbeza daripada kata dasarnya.
Kata ganda bersajak ini diberi tanda sempang ( - ).
Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam ayat:
1. Mereka beroleh batu-batan itu dari bukit yang berhampiran.
2. Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya
dalam syarikat berkenaan.
3. Mulut Tok bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah.
4. Pihak berkuasa terus memburu saki-baki komunis yang masih bersembunyi di dalam
hutan di negara ini.
5. Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.
Senarai kata ganda bersajak/berima.
A. Kata ganda bersajak (kata nama)
Contoh:
anak-pinak gunung-ganang
awan-gemawan sayur-mayur
lauk-pauk rempah-ratus
kuih-muih kayu-kayan
semak-samun bukit-bukau
sampah-sarap tali-temali
B. Kata ganda bersajak (kata adjektif)
Contoh:
gilang-gemilang lekak-lekuk
kusut-masai porak-peranda
segar-bugar ramah-tamah
serba-serbih riuh-rendah
terang-benderang karut-marut
licin-licau gundah-gulana
C. Kata ganda bersajak (kata kerja)
Contoh:
bolak-balik ayun-temayun
corat-coret huru-hara
kacau-bilau kicak-kicau
kicang-kecok lenggang-lenggok
susup-sasap beli-belah
D. Kata ganda bersajak (kata keterangan)
Contoh:
lambat-laun pontang-panting
lintang-kedak serta-merta
lintang-pukang tunggang-langgang
Senarai Kata Ganda Bersajak/ Berima.
adai-badai alai-balai alai-belai anak-pinak aram-temaram awan-gemawan ayun-temayun basa-basi batu-batan becang-becak bedil-bedal belat-belit bengkak-bengkil bongkar-bangkir bukit-bukau calar-balar carut-marut cebar-cebur celam-celum celas-celus celengkak-celengkok celorong-celoreng cirit-birit desas-desus dayung-mayung degap-degup dengkang-dengkol dentam-dentum deram-derum desas-desus dolak-dalik engkap-rengkap erang-erot gembar-gembur gerak-geri gilang-gemilang golang-golek gual-guil gulung-gemulung gundah-gulana gunung-ganang | halai-balai hancur-mumur haru-biru herot-merot hilang-pintang hingar-bingar huru-hara huyung-hayang inca-binca incang-incut inggang-inggung jangkih-mangkih jendal-jendul jengkang-jengkot jerah-jerih jongkang-jongket jongkar-jongkir julur-jalar kalang-kabut kalut-malut kasak-kisik kebas-kebus kecuh-kecah keluh-kesah kerak-keruk keriang-keriut lekuh-lekah lempang-lempung lentam-lentum liang-liuk licin-licau lintang-pukang lopak-lapik luntang-lunting mandi-manda masak-mangsai merah-merang mercak-mercik morat-marit muda-mudi mundar-mandir | musuh-masah olah-alik olang-oling orak-arik piat-piut pincang-pincing pindah-randah piut-miut polang-paling porak-peranda pontang-panting punah-ranah remeh-temeh rempah-pawah sempang-sempong riuh-rendah robak-rabik ropak-rapik rumput-rampai ranggu-rangga saki-baki sampah-sarap sara-bara saudara-mara sayur-mayur simpang-perenang suku-sakat susup-sasap susur-galur takang-takik takuh-takah tanah-tanih teka-teki terang-benderang tikai-pangkai tindak-tanduk tulang-temulang ulang-alik umbang-ambing unggang-unggit warna-warni |
· Kata ganda bersajak/berima yang telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak atau berima itu.
Contoh:
1.a) Lan tai bilik air itu sangat licin-licau. (X)
b) Lan tai bilik air itu licin-licau. (√)
c) Lan tai bilik air itu sangat licin. (√)
2.a) Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X)
b) Rambut orang gila itu kusut-masai. (√)
c) Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan