Kata ganda separa ialah kata ganda yang terhasil daripada pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Huruf vokal pada suku kata pertama kata dasar itu berubah menjadi vokal e. Kata ganda separa tidak menggunakan tanda sempang ( - ).
Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja. Perhatikan contoh di bawah ini:-
kunyit= Kekunyit
tulang= Tetulang
riang= Reriang
sendi= Sesendi
lada= LeladaContoh penggunan kata ganda separa dalam ayat:
1. Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
2. Peparu wanita itu berair.
3. Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.
4. Ibu suka makan bebotok.
5. Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah.
Senarai Kata Ganda Separa.
balang-balang = bebalang
bendul-bendul = bebendul
beras-beras = beberas
bibir-bibir = bebibir
gelung-gelung = gegelung
jamu-jamu = jejamu
juang-juang = jejuang
buluh-buluh = bebuluh
kunci-kunci = kekunci
sendal-sendal = sesendal
gasing-gasing = gegasing
dawai-dawai = dedawai
· Kata ganda separa ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.
Perhatikan penerangan yang berikut.
Contoh:
oneng-oneng tetamu
kekuda tetulang
jejentik sesiku
kekabu sesendi
tetupai lelayang
B. Kata ganda separa (maksud bilangan jamak/banyak)
lelada dedahan
kekotak jejari
jejala pepohon
dedaun bebuluh
· Dalam penulisan, kata ganda separa tidak memerlukan tanda sempang ( - ).
Contoh:
le-laki (X) ke-kura (X)
lelaki (√) kekura (√)
· Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa makna jamak.
Contoh:
1.a) Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X)
b) Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
c) Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
· Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang menyertakan makna tunggal atau satu.
Contoh:
1. Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu.
2. Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan