Bmskcd.blogspot.com Slideshow: Sk’s trip from Sarawak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Khamis, 30 Jun 2011

NOTA BAHASA (KATA GANDA BERIMBUHAN)

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh:

Awalan
tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-tanya
Akhiran
buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan
Apitan
bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya
Sisipan
awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-mengukir


Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:

A.   Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)

Contoh:
anak-anakan                orang-orangan
buah-buahan                rumah-rumahan
daun-daunan               tumbuh-tumbuhan
B.   Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)
Contoh:
mudah-mudahan                     hidup-hidupan
mati-matian                             masam-masaman
manis-manisan                        besar-besaran
C.   Kata ganda berimbuhan (kata kerja)
Contoh:
umpat-umpatan                       tumbuk-menumbuk
tuduh-menuduh                      caci-mencaci
keji-mengeji                             ukur-mengukur

D.   Kata ganda berimbuhan (kata keterangan)
Contoh:
sebaiknya                                sesungguhnya
seboleh-bolehnya                    seharusnya
sedapat-dapatnya                    selewat-lewatnya


Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:
1.  Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
2.  Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3.  Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4.  Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.
5.  Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada
       Ruby.

Senarai Kata Ganda Berimbuhan.

ambil-mengambil
ambin-mengambin
ancam-mengancam
andam-mengandam
angkut-mengangkut
aniaya-menganiaya
atas-mengatasi
ayak-mengayak
bahu-membahu
balas-membalas
bancuh-membancuh
bantu-membantu
bedil-membedil
baham-membaham
belit-membelit
benci-membenci
caci-mencaci
canai-mencanai
cari-mencari
cela-mencela
cetak-mencetak
cium-mencium
conteng-menconteng
curi-mencuri
dahulu-mendahului
dakap-mendakap
dakwa-mendakwa
datang-mendatangi
dayung-mendayung
dendam-mendendami
desak-mendesak
dorong-mendorong
eja-mengeja
ejek-mengejek
ekor-mengekori
elak-mengelak
endah-mengendahi
faham-memahami
fikir-memikir
fitnah-memfitnah
gali-menggali
garis-menggaris

gaul-menggaul
gertak-menggertak
gigit-menggigit
gilap-menggilap
hambat-menghambat
hantar-menghantar
harga-menghargai
hasut-menghasut
hentam-menghentam
hias-menghias
hormat-menghormati
hubung-menghubungi
ikat-mengikat
ikut-mengikuti
ingat-mengingati
intai-mengintai
intip-mengintip
jadi-menjadi
jahit-menjahit
jatuh-menjatuhi
jauh-menjauhi
jilat-menjilat
jilid-menjilid
jual-menjual
kacau-mengacau
kafir-mengkafir
kait-mengait
karang-mengarang
kasih-mengasihi
kata-mengatai
kecil-mengecilkan
kira-mengira
langgar-melanggar
lawat-melawati
lempar-melemparkan
lengkap-melengkapi
maaf-memaafi
maki-memaki
malu-memalui
masak-memasak
mati-matian
nafi-menafikan

nasihat-menasihati
pandang-memandang
paut-mamaut
pikul-memikul
pinang-meminang
pilih-memilih
pukul-memukul
puji-memuji
pujuk-memujuk
ragu-meragui
ratap-meratapi
raut-meraut
rejam-merejam
rendah-merendahkan
rendam-merendam
renjis-merenjis
sahut-menyahut
salah-menyalahkan
sambar-memenyambar
selar-menyelar
selit-menyelit
silang-menyilang
siram-memyiram
sorok-menyorok
tahu-menahu
takluk-menakluki
tampal-menampal
tampar-menampar
tarik-menarik
tegah-menegah
tentang-menentang
tilik-menilik
ubah-mengubah
ugut-mengugut
ukir-mengukir
ukur-mengukur
ungkit-mengungkit
usik-mengusik
utus-mengutus
ulang-mengulangi
yakin-meyakini
ziarah-menziarahi



·         Apabila kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna berulang-ulang, maka kata berkali-kali atau berulang-ulang tidak boleh digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu.
Contoh:
            1.a)   Adik melambai-lambaikan tangannya berkali-kali sebelum dia menaiki
                     pesawat itu. (X)
   b)   Adik melambai-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat itu. (√)

·         Sekiranya kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.
       Contoh:
            1.a)   Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X)
               b)   Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√)
               c)   Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. (√)

·         Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganda seperti yang berikut:-

       1.   Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata ganda separa.
      Contoh:
            a)   Ke-kisi tingkap itu masih kukuh. (X)
            b)   Kekisi tingkap itu masih kukuh. (√)

      
2.      Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan makna jamak.
       Contoh:
            a)   Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (X)
            b)   Periuk-belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (√)

3.      Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah
      digandakan.
       Contoh:
            a)   Baju-baju itu besar-besar belaka. (X)
            b)   Baju itu besar-besar belaka. (√)

      4.   Kesalahan menyertakan kata saling kepada kata ganda menyaling dalam ayat.
      Contoh:
1.a)   Mereka saling caci-mencaci. (X)
   b)   Mereka caci-mencaci. (√)
5.      Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata ganda berima untuk
      menyatakan maksud darjah tertinggi.
       Contoh:
            1.a)   Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan sangat kusut-
                     masai. (X)
               b)   Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan kusut-masai. (√)

            2.a)   Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar. (X)
               b)   Sayur itu kelihatan segar-bugar. (√)

6.      Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada kata ganda berima yang kata
      dasarnya terdiri daripada kata nama.
      Contoh:
            1.a)   Semua kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (X)
               b)  Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (√)

Tiada ulasan: