Bmskcd.blogspot.com Slideshow: Sk’s trip from Sarawak, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Rabu, 29 Jun 2011

SIKAP PEMANDU PUNCA UTAMA BERLAKUNYA KEMALANGAN


BISMILAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Yang saya hormati Tuan Pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,  penjaga masa yang sentiasa cemburu namun, sentiasa amanah, pada masanya, rakan-rakan pemidato, dan seterusnya hadirin dan hadirat yang saya hormati. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaraqatuh, selamat sejahtera dan salam pidato.
Saya berasa bangga kerana dapat berdiri di atas pentas ini untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “SIKAP PEMANDU, PUNCA UTAMA, BERLAKUNYA KEMALANGAN”
Hadirin dan hadirat yang saya hormati,
Kemalangan jalan raya berlaku di mana-mana sahaja. Di seluruh dunia, lebih kurang 1.2 juta orang terbunuh dalam nahas jalan raya setiap tahun dan sebanyak 50 juta mengalami kecederaan. Unjuran menunjukkan bahawa angka ini akan meningkat lebih kurang 65% dalam 20 tahun yang akan datang. Kemalangan jalan  raya merupakan salah satu tragedi dahsyat yang acap kali membawa maut kepada pengguna jalan raya. Malapetaka ini berpunca daripada beberapa faktor namun faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu semasa berada di jalan raya.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Hampir semua pemandu pada masa kini bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan keselamatan pengguna yang lain semasa memandu. Mereka memandu dengan laju dan memotong sesuka hati tanpa memikirkan akibatnya. Ada yang memandu laju sehingga melanggar lampu isyarat kerana ingin cepat sampai ke destinasi. Jalan raya seolah-olah litar lumba bagi mereka. Slogan “Pandu Cermat Jiwa Selamat” sudah tidak memberi apa-apa kesan. Sikap beginilah yang sering membawa padah kepada mereka.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan jalan Raya, Pada tahun 2008 sahaja, jumlah kematian akibat nahas jalan raya di seluruh Malaysia adalah sebanyak enam ribu lima ratus orang. Sebanyak 95% adalah berpunca dari kelalaian manusia yang pastinya pengguna jalan raya. Undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya sering diabaikan lalu akhirnya padah yang yang menimpa. Saya ingin mengajak hadirin sekalian untuk berfikir, Berapa ramaikah yang benar-benar menyahut seruan kerajaan untuk memakai tali pinggang keselamatan penumpang di belakang dan adakah hadirin sekalian salah seorang daripadanya?
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Pemandu jalan raya yang tidak bertimbang rasa juga penyebab kepada kemalangan. Lumrahnya, bagi pemandu kenderaan besar dan berat seperti bas dan lori akan bersikap sedemikian. Bagi mereka, merekalah yang berkuasa di jalan raya. Begitu juga dengan kenderaan awam. Ketaksuban mereka memandu dengan laju, menukar laluan sesuka hati, memotong, dan menghimpit kenderaan lain seolah-olah “Raja Jalan Raya” hanyalah penyebab kepada kebinasaan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kerajaan sering mengingatkan para pemandu supaya tidak memandu dalam keadaan mengantuk. Kita digalakkan untuk merancang perjalanan supaya selamat sampai ke tempat yang hendak dituju lebih-lebih lagi semasa musim perayaan atau cuti sekolah. Namun, masih ada yang memandu ketika keletihan dan mengantuk. Kesannya mereka tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik lalu mengakibatkan kemalangan. Tidak kurang juga yang memandu dalam keadaan mabuk dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Hadirin dan hadirat yang saya sayangi,
Berdasarkan hujah-hujah saya tadi, jelaslah bahawa kebanyakkan nahas jalan raya adalah berpunca dari sikap pemandu sendiri.Sebelum saya mengakhiri pidato saya pada hari ini, ingin saya menyeru kepada semua pemandu agar patuhilah peraturan jalan raya. Hargailah nyawa anda, orang yang disekeliling anda dan orang yang menyayangi anda.
Kain sarung dari jawa
Cantik dipakai si gadis nyonya
Jadilah pemandu berwibawa
Anda mampu mengubahnya.
Sekian wabilahitaufik walhidayahwasamualaikum warahmatullahiwabarakatu.

Tiada ulasan: